TAKAFUL (PERLINDUNGAN)
Dalam konsep takaful,
pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam
tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful
lain yang memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong
menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.
Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan
kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada
pelaburan.
Konsep takaful diterangkan seperti di bawah:
1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful.
Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat
pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.
2) Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain
yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang
anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.
3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan
dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini
adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa
dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.
4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan
semula ke dalam tabung ini.
5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan
semula kepada pemegang polisi.
6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar
menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran
tuntutan adalah berdasarkan konsep derma /saling tolong-menolong.
INSURANS KONVENSIONAL
Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni
mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point di bawah:
1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran.
Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.
2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni
tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai. Objektif adalah untuk
mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan
samada halal atau tidak ditolak tepi.
3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan
syarikat insuran.
4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan
daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang diambil.
YANG PASTINYA PELAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL BERBEZA
Sila lawati blog TAKAFUL AM @ Email : dayanaizztakaful@gmail.com