Ahad, 11 Disember 2016

APA ITU TAKAFUL VS INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL (PERLINDUNGAN)

Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Konsep takaful diterangkan seperti di bawah:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful. Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.


6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma /saling tolong-menolong.

INSURANS KONVENSIONAL

Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point di bawah:

1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.

2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai. Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan samada halal atau tidak ditolak tepi.

3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.

4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang diambil.

YANG PASTINYA PELAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL BERBEZA

Sila lawati blog TAKAFUL AM @ Email : dayanaizztakaful@gmail.com 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan