Selasa, 3 Januari 2017

SEBUT HARGA INSURANS PERCUMA

1.NAMA
2.NO KAD PENGENALAN
3.NO PLAT KENDERAAN 
4.MODEL KENDERAAN
5.KAPASITI ENJIN (CC)
6.TAHUN KENDERAAN DI BUAT
7.MANUAL/AUTO 
WHATSAPP KE 010-301 7769 Pn.Syida

Hubungi 010-301 7769
Email dayanaizztakaful@gmail.com

DOKUMEN RENEW ROADTAX

1.Salinan No Kad Pengenalan
2.Salinan Geran mana-mana tahun 
   Atau
3.Salinan Nota Perlindungan (Cover Note) mana-mana tahun

WHATSAPP KE 010-301 7769 Pn Syida
Contoh gambar Geran Kenderaan

Jumaat, 23 Disember 2016

RENEW INSURANS / TAKAFUL KERETA & ROADTAX - DOOR TO DOOR SERVICE

Agen insurans kereta, Mudah Untuk Anda, Tanpa membuang masa anda & JIMAT. Wakil Sah Etiqa Takaful Motor - 010-3017769 (SYIDA)

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.
Saya Nor Saiyidah Ahmad Damanhuri , Wakil Etiqa Takaful.



Saya akan cuba membantu & menyelesaikan masalah anda untuk memperbaharui road tax & insuran kereta anda dengan Mudah, Jimat & Selamat, Terus ke tempat anda.


Anda boleh call/sms/whatsApp , (Syida 010-3017769) pada bila-bila masa.
email: dayanaizztakaful@gmail.com
PAGE : Takaful Am Renew Insurans & Roadtax


Pengalaman Saya, ramai kawan-kawan kita terpaksa mengambil cuti atau keluar hampir separuh hari semata-mata untuk urusan renew insuran atau renew roadtax. Mereka terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas, beratur panjang di JPJ atau pejabat pos & ia membazirkan masa anda. Hal ini memang tidak digemari dan boleh dielakkan. 
Insyaallah saya akan uruskan insuran & road tax anda dari A-Z.
Ramai kawan-kawan kita yang renew insuran semata-mata untuk renew roadtax tanpa mengetahui hak mereka sebagai pemegang polisi. Apabila berlaku kemalangan, mereka tidak tahu kemudahan yang disediakan oleh syarikat insuran dan terpaksa mengeluarkan wang saku & bersusah payah, sedangkan mereka dilindungi oleh polisi insuran.
Ramai juga yang tidak mengetahui yang mereka juga diberi perkhidmatan bantuan kecemasan PERCUMA (auto assist) jika berlaku breakdown ke atas kenderaan pemegang polisi.

Tak kira dimana anda tinggal, hubungi saya untuk saya uruskan road tax & insuran anda. Road tax akan sampai ke tangan anda dengan selamat.
Syida - Agen etiqa Takaful

Ahad, 11 Disember 2016

APA ITU TAKAFUL VS INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL (PERLINDUNGAN)

Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.

Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil ke semua pendapatan daripada pelaburan.

Konsep takaful diterangkan seperti di bawah:

1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful. Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.

2) Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda.

3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.

4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.

5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.


6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi. Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma /saling tolong-menolong.

INSURANS KONVENSIONAL

Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point di bawah:

1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.

2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai. Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan samada halal atau tidak ditolak tepi.

3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.

4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang diambil.

YANG PASTINYA PELAN TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL BERBEZA

Sila lawati blog TAKAFUL AM @ Email : dayanaizztakaful@gmail.com 


Ejen Am

Kerjaya Impian Anda Bermula Di Sini

Inginkan pendapatan tanpa had? Melancong ke mana sahaja secara percuma? Memperolehi Kelayakan Profesional? Jadi Boss sendiri? Dikenali ramai kerana pencapaian dan kecemerlangan?
  • Potensi pasaran Takaful
  • Ejen Takaful sebagai kerjaya
  • Pendapatan yang boleh anda perolehi
  • Menjadi ejen yang berjaya
  • Pengiktirafan dan penganugerahan
  • Komitmen Takaful IKHLAS kepada kejayaan anda

Apakah Yang Boleh Anda Harapkan

Kerjaya di Takaful IKHLAS akan menawarkan anda peluang untuk menjadi boss kepada diri anda sendiri dan peluang untuk benar-benar mempraktikkan nilai-nilai Islam di dalam kerjaya anda. Di Takaful IKHLAS anda akan diberi penghargaan, dianugerah dan mencapai kepuasan diri. Komitmen anda dalam menawarkan khidmat perundingan kewangan dan memberi jaminan perlindungan akan membantu para pelanggan kami untuk mencari sedikit keselesaan di saat menghadapi bencana tidak diduga. APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH MENGORAK LANGKAH PERTAMA.

Mengapa Menyertai Kami

  • Kami menawarkan jaminan kewangan untuk para pelanggan anda yang tidak ternilai
  • Kami mempunyai kakitangan yang berkelayakan dan tinggi tahap profesionalisme
  • Kami akan memandu anda ke arah kejayaan
  • Kami mengiktiraf pencapaian anda
  • Kami menawarkankan insentif tambahan kepada para pelanggan anda
  • Kami komited kepada tanggungjawab kami untuk membuat bayaran tuntutan yang cekap dan pantas

Sertai Kami Sebagai Ejen Takaful IKHLAS dan Kecapi Kejayaan!

Kerjaya sebagai ejen di Takaful IKHLAS akan membawa anda kepada masa depan yang menyeronokkan dengan kemungkinan pendapatan yang memberangsangkan.Sekiranya anda telah menetapkan sasaran anda dan bertekad serta berusaha keras, tiada apa yang tidak mungkin. Kami akan membantu anda di sepanjang perjalanan anda. Mengapa anda perlu menjadi ejen am Takaful IKHLAS?
  • Ianya merupakan pengendali Takaful baru dengan sokongan padu daripada syarikat induk kami
  • Potensi pendapatan tidak terbatas
  • Kewangan- anda 100% tidak bergantung kepada orang lain
  • Anda menentukan sendiri kejayaan anda
  • Latihan yang bersesuaian, alat bantuan dan bahan-bahan jualan akan diberi untuk menyokong kerjaya anda.

Apa yang membuat Takaful IKHLAS sungguh berbeza?

  • Kami beroperasi berlandaskan model Takaful IKHLAS yang mempunyai pelbagai manfaat untuk para pelanggan
  • Pelaburan kami dalam teknologi membolehkan kami menawarkankan perkhidmatan yang lebih baik
  • Sistem kami yang bersepadu mampu menyokong perniagaan kami
  • Memudahkan urusan perniagaan sebagai contohnya komunikasi internet via FLAS dan Point of Sales (POS)
    Selain daripada anugerah dalam bentuk kewangan, Takaful IKHLAS juga mengiktiraf dayausaha dan etika kerja murni dan baik anda.Antara anugerah yang boleh anda perolehi:-
    • Anugerah Pencapaian ejen tertinggi akaful IKHLAS
    • Konvensyen Luar Negara
    • Pertandingan-pertandingan khas

Kewangan anda 100% tidak bergantung kepada orang lain

Sebagai ejen Takaful IKHLAS anda bebas untuk menentukan laluan dan kejayaan anda darii sudut kewangan, berdasarkan inisiatif dan kemahuan diri. Kami menyediakan alat bantuan dan bahan-bahan jualan dalam menyokong perjalanan anda menuju kejayaan Takaful IKHLAS akan menyediakan sokongan berterusan dalam bentuk bahan-bahan untuk aktiviti-aktiviti latihan, ceramah pemasaran dan promosi. Teknologi kami akan membantu ejen-ejen kami dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan, terutamanya perkhidmatan selepas jualan.

Laluan Kerjaya

Karier anda di Takaful IKHLAS bukan saja disokong padu oleh Ketua Agensi anda, malah kami juga kerap menjadualkan rekruit-rekrut baru dengan Program Peluang Takaful IKHLAS (TOP) sebagai landasan untuk memberi penjelasan mengenainya
Dari kedudukan awal anda sebagai seorang Ejen ke peringkat seterusnTya sebagai Penolong Pengurus Unit (AUM) di mana anda mengendali dan membina sendiri kumpulan anda, sebelum ke tahap seterusnya sebagai Pengurus Unit (UM) dan Pengurus Agensi (AM) iaitu sebagai sebahagian daripada peningkatan karier anda bersama syarikat.
Ketika ini, Pengurus-pengurus Agensi sedang mengendalikan urusan pengambilan dan temuduga ejen. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami sebagai ejen Takaful IKHLAS Berhad, sila dapatkan Borang Permohonan Ejen dengan mengklik:


(Borang Permohonan Ejen Takaful Am Individu)




ATAU untuk pilihan lain, hantar butir-butir peribadi anda dengan borang permohonan dan alamatkannya kepada:-

Rabu, 7 Disember 2016

IKHLAS PEMANDU KENDERAAN(P.A)
Produk ini akan membayar pampasan Peserta untuk Kecederaan Badan atau Kematian akibat Kemalangan bermakna ketika memandu atau sebagai penumpang di dalam kereta persendirian dilaporkan di dalam Borang Cadangan semasa pendaftaran daripada Motorist P.A Takaful.

http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_motorist_p.a._takaful_pds.eng_jan2015.pdf

IKHLAS P.A PERMATA
Produk ini akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku hilang upaya kekal atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan

http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_p.a_permata_takaful_pds.eng_jan2015.pdf

IKHLAS KEMBARA TAKAFUL
IKHLAS kami Travel P.A melindungi pelaburan kewangan anda (sehingga jumlah had sijil anda) perlu perjalanan anda dibatalkan atau terganggu atas sebab-sebab yang dilindungi.

Ia menyediakan perlindungan komprehensif, seperti Kematian dan perlindungan Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan, dan juga beberapa sebab yang berkaitan dengan perjalanan yang dibatalkan atau diganggu, termasuk: -

NON MOTOR
••Pembatalan perjalanan
••Ubat
••pemendekan
••Perbelanjaan perubatan
••Bagasi atau Kesan Peribadi
••Pemindahan perubatan
••Kehilangan Dokumen Perjalanan
••Rawatan susulan
••Bagasi dan Kelewatan Perjalanan
••Ketinggalan Perlepasan
••Kos tambahan Pemulangan Kereta Sewa
••Hilang dari Travel Connection
••Pendapatan Hospital
••Perbelanjaan pengebumian
••Penjagaan penyayang
••Faedah Penjagaan Anak
••perjalanan Terlebih Tempahan
••Liabiliti peribadi rampasan
••Wang peribadi
••Manfaat Penjagaan
••Bayaran balik kerana pembubaran Agensi

Untuk melihat senarai penuh sebab dilindungi, sila rujuk kepada Sijil anda Takaful.
http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_kembara_takaful_pds.eng_jan2015.pdf

                                                 
                                                  


IKHLAS FIRE TAKAFUL
Produk ini menyediakan perlindungan untuk rumah Peserta Takaful terhadap kerugian atau kerosakan oleh kebakaran atau kilat.
Selain daripada IKHLAS Fire Takaful, anda juga boleh membeli produk Fire lain di bawah:


• IKHLAS Fire Residential Takaful

http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_fire_takaful_pds.eng_jan2015.pdf

IKHLAS Houseowner / Householder Takaful

Produk ini memberi perlindungan untuk bangunan kediaman dan kandungan dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, dan paip pecah atau oleh mana-mana peril yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.


IKHLAS Personal Accident Takaful

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh Kemalangan bermakna yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain hilang upaya atau memerlukan rawatan perubatan dan / atau pembedahan atau sekiranya berlaku kematian, kepada waris anda yang dinamakan atau wakil yang sah.

Selain daripada IKHLAS Takaful Kemalangan Diri, anda juga boleh membeli produk P.A lain di bawah:
•• IKHLAS Kembara P.A Takaful;
•• IKHLAS Perdana P.A Takaful; dan
••IKHLAS Motorist P.A Takaful


IKHLAS Foreign Worker Compensation Scheme Takaful

Hospital, diperbaharui setiap tahun dan Skim Takaful Surgical diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan majikan pekerja asing sekiranya berlaku kemasukan hospital pekerja asing mereka ke Hospital Kerajaan Malaysia Bukan Korporat disebabkan oleh kemalangan atau penyakit.

Mereka yang layak untuk perlindungan di bawah Sijil Takaful ini adalah mereka pekerja sepenuh masa kini dan masa depan pekerja asing Peserta Takaful, yang berumur lapan belas (18) hingga lima puluh sembilan (59), yang terlibat secara aktif di tempat kerja biasa mereka pada tarikh orang yang layak untuk menyertai sijil Takaful ini.


IKHLAS Takaful Kejuruteraan
Produk ini menyediakan perlindungan terhadap musibah seperti kerosakan mekanikal, kemerosotan saham, kerja kontrak kepada kontraktor dan risiko yang berkaitan kejuruteraan yang lain.

Produk ini meliputi peril berikut:

• Kebakaran, kilat, letupan, impak oleh kenderaan / bawaan air tanah ditanggung
• Kesan pesawat, peranti udara
• Gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami
• Storm
• Banjir, banjir, tindakan ombak, air
• Penenggelaman, tanah runtuh, Rockslide
• Frost, runtuhan, ais
• Vandalisme

Isnin, 5 Disember 2016

TIPS KERJAYA AGEN

KERJAYA AGEN 


1. Sentiasa berpakaian seorang yang profesional.
Jika anda berpakaian seorang profesional, potensi pelanggan anda akan bersikap profesional kepada anda. Anda datang dengan tujuan bisnes, bukan huh-hah. Anda berpakaian kemas dan hebat di pejabat agensi anda, rakan anda dan leader anda akan memandang serius kepada anda sebagai ‘signal’ – anda sedang serius terhadap bisnes anda. Adakalanya, keyakinan datang dari luaran anda (fizikal). Bila anda dilihat seorang berkeyakinan, orang lain mula yakin terhadap apa anda sedang lakukan.
2. Guna bahasa yang sesuai (jangan kerap guna bahasa ‘baru’)
Saya awalnya, ingin guna ‘aku’ ‘kau’ dalam perbualan. Tapi, untuk permulaan saya dipesan, lebih baik menggunakan ‘saya’ ‘kamu’ ‘awak’. Untuk nampak lebih karisma. Ini kerana, sebenarnya anda sedang ‘menjual’ sesuatu yang mahal (baca semula ayat saya di atas). Kekerapan guna, ‘Bro’, ‘Alrite’, (yang selalu orang muda pakai) cubalah kurangkan. Tapi kalau keadaan, anda berdepan potensi pelanggan yang muda dan faham slang-slang orang muda – teruskan. Kipidap!
3.Tanya khabar mengenai orang sekeliling mereka; anak-anak, keluarga mereka.
Jika anda mahu menjual insurans / takaful kepada orang yang lebih tua, cuba tanya berapa anak mereka ada, atau cucu mereka ada. Tanya anak sihat ke tidak, selalu bawa cuti anak kemana. Ia sebenarnya adalah trik untuk potensi pelanggan memikirkan mengenai anak / keluarga mereka. Ini membolehkan prospek anda, membeli dari anda bukan hanya untuk diri sendiri, tapi demi orang yang beliau sayang juga.
4.Sentiasa belajar dari ejen-ejen berpengalaman.
Teknologi hari ini, menyebabkan kita kurang bercakap. Mahu sesuatu, kita Google. Sebenarnya, pengalaman-pengalaman hebat ejen berpengalaman tak semua boleh dapat melalui buku, atau video-video di Google. Anda perlu menuntut dari mereka ini. Cuba jumpa mereka, minta izin mereka untuk belajar sesuatu dari mereka. Jangan sombong.
5.Jadi seorang bersungguh-sungguh menyampaikan ‘presentation’ anda.
Pernah lihat, muka toya, lembik lepas tu buat iklan di TV. Tak pernah! Anda perlu sampaikan idea anda kepada prospek anda dengan bersungguh-sungguh. (Jangan sehingga nampak bodoh) Ada prospek membeli kerana melihat anda bersungguh-sungguh apa yang anda sedang lakukan. Anda bersungguh-sungguh, bermaksud anda percaya apa yang anda lakukan.
6.Faham, ikut trend dan pasaran semasa.
Untuk menjadi ejen yang lebih ‘alert’ dan mempunyai prospek yang profesional, anda kena ikut perkembangan semasa, lebih-lebih lagi mengenai pasaran saham, politik dan lain-lain berkaitan. Tak perlu menjadi seorang yang sangat pandai, hanya tahu itu sudah memadai. Kadangkala saya ditanya mengenai sektor hartanah, nilai ringgit dan tahun ini – GST, ekonomi, pengangguran. Itu luar bidang saya, insurans dan takaful. Ada juga tanya, patutkah menceburi bidang saham. Soalan ini, anda akan faham ‘geografi’ kewangan potensi pelanggan anda. Banyakkan membaca suratkhabar The Edge, The Star atau majalah bulanan mengenai kewangan
7.Jangan lupa asas-asas jualan insurans / takaful.
Walaupun hari ini ada Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp – teknologi ini tak menjual insurans / takaful. Ia adalah ‘marketing tool’ memberitahu yang anda seorang ejen insurans / takaful. Media sosial tak boleh menggantikan asas-asas jualan insurans / takaful. Bidang ini mengenai hubungan manusia. Apa asas-asas jualan insurans / takaful?
  • Prospecting – Mengenalpasti siapa yang boleh anda dekati.
  • Pre-Approach – Anda bersedia dengan diri anda, ilmu dan penampilan.
  • Approach – Anda tegur, samada bercakap (telefon) atau bersembang.
  • Fact Finding – Anda kenalpasti masalah dan keperluan prospek anda.
  • Offering Solution – Memberi potensi penyelesaian masalah prospek anda melalui insurans/takaful.
  • Closing – Anda berada dalam sesi ‘objection’, prospek akan bertanya mengenai penyelesaian yang sudah diberitahu.
  • After Sales Service / Delivery – Anda akan memberi apa yang sudah dijanjikan.
Ini adalah asas kitaran jualan bagi seorang ejen insurans / takaful. Ada agensi menggunakan pendekatan ‘The Vital Behavior’.
8.Sentiasa dalam keadaan siap sedia.
Anda seorang yang baru, dan merasakan anda tak cukup ilmu di dada dan kurang keyakinan. Anda perlu kerja kuat, jumpa lebih ramai orang, kena kerja lebih masa berbanding ejen-ejen sudah lama (mereka sudah ada ‘client-based’), sentiasa belajar dan fahamkan produk anda. Catatkan potensi jawapan untuk setiap soalan bakal diajukan. Baca buku mengenai jualan, belajar dengan ejen berpengalaman, pergi ke seminar-seminar atau kem-kem. Buat sales role-play, di hadapan ejen-ejen lain dan dengan minda terbuka meminta mereka komen gaya anda. Tulis skrip dan hafal untuk panggilan telefon dan presentation. Sentiasa simpan borang, dan bawa setiap masa.
9.Bangga anda adalah seorang ejen, ejen yang baru! 
Sentiasa beritahu anda adalah seorang yang baru. Anda seorang yang akan mencuba semua perkara dalam industri ini. Jangan takut buat salah, kesalahan akan membantu anda berjaya. Cuma pastikan masih ikut peraturan oleh LIAM dan BNM. Senyum dan bangga anda adalah seorang ejen insurans / takaful. Beritahu semua, anda adalah yang terbaik!Semoga apa yang direncanakan membantu dalam kerjaya anda sebagai ejen insurans / takaful yang baru. Insha Allah. Saya doakan anda cepat kaya dan berjaya dalam industri ini.
10.Jadi diri anda. Cari keistimewaan diri sendiri!
Kaji diri anda,mungkin perwatakan anda comel,cantik,kelakar atau seorang peramah. Setiap hari anda berjumpa dengan orang anda akan rasa selesa bila client anda sukakan cara anda. Jadi, check balik personaliti anda. Ok Tq baca. ; )
Sincerly, DAYANA IZZ.